My Blog List

Pages

Monday, December 5, 2011

RAHSIA AIR : APA YANG ANDA TAHU TENTANG AIR HIDUP DAN AIR MATI ?


Assalamualaikum dan salam 10 muharram buat semua muslimin dan muslimat sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada mereka yang non-muslim.

Alhamdulillah pada hari ini, insyaallah saya akan berkongsi mengenai rahsia air yang tidak ramai diantara kita yang sedar mengenainya. Ia berkenaan dengan air hidup dan air mati. Mungkin ramai yang meneka bahawa apabila disebut air mati, mereka akan menganggap air yang telah dimasak dan juga tidak mempunyai sebarang ion H2O didalamnya. Tekaan anda memang betul tetapi ada satu lagi jenis air yang mati tetapi tidak melalui proses pemanasan.



Air mati yang tidak melalui proses pemanasan ialah air paip yang melalui sistem penapisan air yang seramiknya diperbuat daripada tulang. Mengapa tulang ? dan tulang apakah yang digunakan untuk membuat seramik ?  Untuk pengetahuan anda semua pembaca , tulang merupakan bahan yang terbaik untuk mencipta seramik penapis air. Kelebihannya ia mampu menapis KESEMUA kekotoran didalam air termasuk zarah2 yang kecil sehinggakan air anda tidak dicemari lagi. wow ! baguskan , anda pasti bangga kerana air anda sangat BERSIH dan tidak dicemari . Namun begitu , tulang yang digunakan tidak dapat dikenalpasti oleh pengkaji sains kerana mereka telah membakar tulang ini dengan ketinggian suhu 1000 darjah celcius. Oleh yang demikian , pakar sukar untuk mengkaji DNA tulang yang digunakan dalam pembikinan seramik tersebut. Namun ada pendapat mengatakan , tulang khinzir merupakan tulang yang terbaik didunia untuk menghasilkan seramik!!! Jika benar perkara ini berlaku , adakah anda pasti sistem penapisan air di rumah anda menggunakan seramik yang tidak diperbuat daripada tulang (bagi mereka yang mempunyai penapis air dirumah sahaja). Apatahlagi jika penapis minuman anda diperbuat daripada korea, china dan jepun. China merupakan negara terbesar menternak khinzir dan sudah pasti hasil buangan khinzir tidak akan disia-sia kan. Namun saya tidak berani meletakkan sebarang kenyataan mengenai seramik yang diperbuat daripada tulang ialah daripada tulang khinzir. Tetapi apa yang pasti disini setiap penapis air MESTI mempunyai seramik didalamnya sebagai penapis pertama yang digunakan didalam sistem penapisan sebelum melalui sistem yang lain . Saya sangat yakin rakyat Malaysia khusunya sudah terdidik dengan bijak dan tahu untuk berfikir secara KREATIF , KRITIS DAN ANALSIS!!.



Tidak saya katakan air mati ini tidak bagus tetapi penghasilan air tersebut meragukan. Selain itu air mati ini bermaksud air tersebut tidak lagi mempunyai zarah2 yang mampu menyerap kesemua benda disekelilingnya. Maksudnya apabila kita membacakan sesuatu ayat Al-Quran mahupun zikir-zikir penawar didalam air tersebut, maka ia tidak mampu mengubah molekul air didalamnya. Saya sangat yakin dan pasti anda semua pasti pernah mendengar bagaimana molekul air ini akan terbentuk sekiranya ia mendengar ayat suci Al-quran. tetapi jika anda tidak pernah mendengar, anda boleh lawati link ini.


Apabila air tersebut tidak mampu menyerap bacaan2 yang positif daripadanya maka ia bererti usaha yang dilakukan melalui air adalah sia-sia. Air merupakan ciptaan Allah yang sangat agung dan unik sekali. Lihat saja tubuh kita, bukankah 70% daripada tubuh kita terdiri daripada cecair ? Oleh yang demikian , sistem minuman kita mestilah baik dan betul jika tidak ia mampu mempengaruhi kesihatan , sistem imun dan banyak lagi.

Apakah pula maksud air hidup ?

Air hidup ini bermaksud air yang suci dan sudah pasti boleh digunakan untuk kegunaan harian. Didalam kitab feqah tajuk yang pertama kita diajar mengenai bab TAHARAH. Bab ini menyentuh mengenai kebersihan dan cara-cara menyucikan kekotoran serta pembahagian najis-najis. Jika kita masih ingat , terdapat 7 jenis air suci yang boleh dibuat wuduk iaitu air hujan , air mata air , air perigi , air salji , air sungai dan sebagainya. Jika kita lihat , kesemua air yang disebutkan didalam kitab feqah ini merupakan air yang belum lagi diproses dan ia datang semulajadi daripada Allah dan ia dikenali sebagai air yang hidup ! air hidup bermaksud air yang masih lagi mempunyai molekul didalamnya dan ia mampu menyerap kesemua perkara yang didengarinya samada sengaja mahupun tidak. Lihat sajalah air zam-zam! Bukankah ia bersala dari perigi dibawah tanah. Pernahkan anda melihat manusia menapis air zam-zam sebelum minum? Dan pernahkah anda meragui air kesucian dan kebersihan air zam-zam? Sudah pasti TIDAK! Air zam-zam merupakan ciptaan Allah yang sangat agung, bukan sahaja mempunyai kandungan mineral yang tinggi sehinggakan terdapat 14 kandungan mineral yang terdapat didalamnya masih lagi tidak mempunyai nama. Malahan kelazatan air zam-zam ini ditambah dengan keadaan persekitaranya. Ia terletak didalam masjidil haram dan sudah tentu didalam masjidil haram kesemua umat manusia berzikir dan membesarkan Allah. Tidak ada diantara mereka yang mengumpat dan mengeji didalam Masjidil Haram. Apa yang cuba saya ketengahkan disini ialah konsep air zam-zam ini yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi renungan kita bersama. Pasti anda sering dengar apabila kita ingin minum air zam-zam , ibu bapa kita akan menyuruh kita berselawat dan membaca surah al-fatihah sebelum meminumnya kan! Lihatlah betapa air yang hidup seperti air zam –zam ini sangat banyak kelebihannya .

 Namun begitu , bukan mudah untuk kita mendapatkan air zam-zam dan saya yakin ada diantara kita yang belum pernah merasai air zam-zam. Sepeti mana yang disebutkan diatas tadi , air zam-zam ini merupakan air yang hidup , mempunyai kandungan mineral semulajadi daripada lapisan bawah tanah dan juga tidak tercemar dengan sebarang kuman-kuman ataupun bakteria. Konsep ini merupakan rahsia yang telahpun dikaji oleh seorang doktor di Malaysia iaitu DR. NOORDIN BIN DARUS.

Beliau melihat konsep air zam-zam ini dan ingin mencipta air yang seakan air zam-zam . namun suka saya ingatkan disini, adalah mustahil untuk manusia meniru ciptaan Allah , tetapi adalah tidak mustahil untuk mencuba dan berikhtiar untuk mencari yang lebih baik! Konsep air hidup ini digunakan sebaiknya oleh Dr. Noordin. Beliau melihat air hujan , air sungai dan semua jenis umber air daripada Allah adalah HIDUP!! Namun berapa ramai diantara kita yang berani minum air tersebut tanpa melalui sebarang proses? Jika anda pun mereka akan minum dari sumber air yang mereka pasti tidak tercemar seperti di sungai-sungai yang jauh dari bandar dan juga kilang-kilang.

Dalam usaha mencipta air yang hidup , suci , bersih dan mempunyai molekul hidup agar kita boleh memberi serapan yang positif didalamnya, Dr. Noordin telah pun mencipta satu “sistem pemurni” air yang sangat unik , suci dan berkesan. Mengapa pemurni dan tidak penapis ? Pemurni ini bermaksud memperbaiki air tanpa megubah perkara asas didalam air. Memperbaiki disini bermaksud membunuh kuman-kuman dan bekteria didalam air dengan menggunakan kaedah semula jadi. Kaedah ini akan saya huraikan diperenggan bawah.  Jika anda masih ingat didalam perenggan pertama diatas saya ada sebutkan mengenai semua sistem penapis air mempunyai seramik.

Sistem permurni air Dr. Noordin ini juga mempunyai seramik tetapi ia diperbuat 100% daripada batuan! Ia merupakan batuan yang diimport khas daripada United Kingdom. Bagi mengenalpasti sesebuah seramik itu diperbuat daripada tulang atau pun batu mudah saja, jika ia diperbuat daripada tulang mahupun mempunyai campuran tulang , seramik tersebut akan berkilat dan licin seperti permukaan mozek dirumah kita. Tetapi berbeza dengan seramik daripada batuan ini, ia tidak sehalus seramik daripada tulang dan jika anda menggosok seramik batuan ini ditangan anda, anda akan melihat serpihan – serpihan batu yang tertinggal di kulit anda! Serpihan tersebut halus seperti pasir. Kelemahan seramik dariapda batu ini ialah ia tidak mampu menapis kesemua zarah-zarah kekotoran yang sangat halus didalam air, tidak seperti seramik tulang. Oleh yang demikian, Dr. Noordin telah memasukkan Bamboo Qun didalam sistem pemurni air beliau.

Fungsi Bamboo Qun ini ialah membunuh segala kuman yang terdapat didalam air tampa mengubah struktur dan molekul air dengan semulajadi. Rahsia Bamboo Qun ini telah dijumpai sewaktu pemerintahan Dinasti Maharaja China pada zaman dahulu. Sebelum mereka minum air sungai , mereka akan menyimpan air tersebut didalam kelongsong buluh selama seharian. Sekarang ini juga , konsep ini masih diaamalkan didalama perkampungan orang asli. Mereka membekalkan air minuman didalam kelongsong buluh dan dibawa bekal sewaktu berjalan. Kehebatan buluh ini ialah ia mampu membunuh 3000 kali ganda kuman didalam air tanpa menggunakan bahan kimia . inilah kaedah yang saya tulis diatas tadi dan konsep ini masih belum di gunakan oleh mana-mana sistem penapis air didunia.

Apabila telah selesai membunuh kuman, sistem pemurni air ini mempunyai serapan tanah liat yang dimasukkan didalamnya. Konsep tanah liat ini dimasukkan kerana “meniru” kaedah penciptaan air zam-zam yang keluar dari celah-celah batuan didalam tanah liat. Selain itu seperti yang kita semua ketahui, manusia dijadikan daripada tanah dan sudah pasti kita juga sangat serasi dengan tanah . segala nutrien yang terkandung didalam tanah liat ini sangat serasi dengan tubuh badan manusia sekaligus mampu memperbaiki sistem imun dan kesihatan kita. Menariknya disini, jika sekiranya anda terkena najis berat sepert najis anjing ataupun khinzir , anda tidak perlu mencari air tanah untuk dibuat basuhan kerana air yang keluar daripada sistem permurni air Dr. Noordin ini telahpun dilengkapi dengan sistem samak. Tanah liat yang terkandung didalamnya sudahpun memadai untuk kita menjadikan ia sebagai basuhan air tanah dan kemudia membilas dengan 6 baldi air biasa.


Lihatlah betapa kehebatan sistem pemurni air yang diciptakan oleh Dr. Noordin Darus ini. Ia berjaya mengekalkan air hidup didalam struktur air dan juga boleh dibuat minum tanpa was-was. Mungkin anda tertanya-tanya apakah nama permuni air tersebut. Namanya ialah RW-WATER. Anda boleh membuat carian di GOOGLE mengenai sistem permurni air ini. Banyak lagi info yang tidak saya masukkan disini mengenai sistem permurni air ini.

Akhir kalam , saya selaku khalifah di muka bumi ini bertanggungjawab untuk menyebarkan segala kebaikan buat kemudahan umat islam khusunya. Bukankah
“mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami) . renung-renungkan  ^^



p/s : sesiapa yang merasakan dirinya bertanggungjawab dalam mencri yang baik  , senangkanlah hatimu melawati link ini ^^ http://terapiairrx-water.blogspot.com/2009/06/ramai-para-pengguna-islam-tidak.html



Friday, December 2, 2011

Apakah yang kita inginkan didalam sebuah filem ?

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua pembaca.

Entri kali ini agak menarik saya rasakan kerana ia menyentuh mengenai dunia hiburan ataupun lebih khusus lagi dunia perfileman. Sebuah filem yang berjudul Taare Zameen Par dan Slumdog Millionaire yang telah berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan di dalam dunia perfileman. Mungkin terdapat banyak lagi filem yang sama mutu dengan filem yang saya sebutkan diatas namun saya tidak ingin memperkatakan anugerah yang mereka menangi tetapi kandungan dan makna yang tersirat didalam sebuah jalan cerita yang sangat menarik saya rasakan. Mungkin agak terlambat untuk memperkatakan kedua-dua filem ini kerana filem tersebut telahpun diterbitkan lebih kurang 3 atau 4 tahun yang lepas. Namun ia tidak menjadi penghalang untuk kita memperkatakan tentang mutunya kerana mutu yang baik tidak akan hilang ditelan dek zaman.



Bermula dengan filem Taare Zameen Par yang diarahkan oleh Aamir Khan dan beliau juga merupakan seorang lakon layar didalam filem tersebut. Sebuah cerita yang sangat bombastik dan menyentuh hati setiap penonton yang menontonya. Mengisahkan seorang budak kecil bernama Ishaan yang mempunyai penyakit dyslexia dan hidup didalam keluarga yang agak berada. Namun kehidupannya sangat tertekan dek tiada yang memahami apa yang dialaminya serta kesukarannya dalam memahami setiap perkara disekelilingya. Mujurlah ibu serta abangnya sentiasa memberikan perhatian dan juga kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Namun begitu bapanya yang sangat ego dan sombong tidak pernah cuba untuk mendekati dan memahami anaknya yang begitu istimewa dengan lebih dekat. Penceritaan yang menarik dari mula hingga keakhir membuatkan penonton tidak merasakan 2 jam 45 minit itu sebagai membuang masa. Sarat dengan pengajaran dan juga nilai-nilai kemanusiaan yang semakin hilang ditelan dek zaman.

 Nasib Ishaan mula berubah apabila ayahnya menghantar beliau ke sekolah dipedalaman kerana tidak tahan dengan sikap dan kenakalan beliau. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, walaupun berat untuk ibunya melepaskannya namun dia terpaksa melepaskan anak bongsu itu jua. Tetapi disitulah beliau berjumpa dengan seorang guru yang berhati mulia dan berjiwa pendidik sejati. Ia dilakonkan sendiri oleh Aamir Khan. Beliau berjaya membawa watak tersebut dan terserlah sifat penyanyang serta kesantunan seorang guru didalam lakonanya itu. Mulai dari saat itu, hidup Ishaan mula berubah dan akhirnya beliau semakin menunjukkan peningkatan yang positif didalam semua subjek yang diambilnya.

Bagi sesiapa yang belum menontonya, saya mengharapkan anda berusaha untuk menonton filem yang berkualiti tinggi ini. Saya merasakan semua guru dan bakal guru serta ibu bapa “mesti” menonton filem ini kerana ia menceritakan kisah yang berlaku didalam kehidupan seharian kita iaitu tidak semua kanak2 dianugerahkan dengan kecerdasan akal yang tinggi dan IQ yang baik. Bukanlah saya ingin menyanjung filem luar negara dan mengetepikan filem tempatan , namun mutu filem dan kandungannya itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa pujian dan kehebatan penerbit filem luar dalam menerbitkan sesebuah filem sangat baik! Mereka bukan sahaja mengahayati malah turut melakonkan dengan penuh “natural”.  

Saya begitu ternanti-nanti filem seumpama ini dari penerbit filem tempatan dan saya harapkan penerbit filem dinegara ini membuka minda mereka dan tidak menjadikan masalah gejala sosial , percintaan remaja dan perzinaan sebagai tema utama filem mereka. Walaupun kutipan tiket memberangsangkan apabila mereka membuat filem seumpama itu, tetapi ia tidak memberikan gambaran dan pengajaran yang baik buat semua penonton. Ataupun tidak keterlaluan saya katakan filem seumpama itu mampu menyumbangkan peratusan yang tinggi didalam gejala sosial di Malaysia yang semakin kritikal.

Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, saya memohon maaf terlebih dahulu jika ada yang tidak senang dengan penulisan saya, namun itulah pendapat saya sebagai seorang muslim dan pemerhati yang kerdil, mungkin saya tidak mampu bersuara lantang tetapi saya boleh menulis untuk menyatakan hasrat dan pandangan saya untuk dikongsikan bersama. Sekian wassalam~