Assalamualaikum dan salam ukhuwwah buat semua pembaca.
Entri kali ini agak menarik saya rasakan kerana ia menyentuh mengenai dunia hiburan ataupun lebih khusus lagi dunia perfileman. Sebuah filem yang berjudul Taare Zameen Par dan Slumdog Millionaire yang telah berjaya mendapat pelbagai pengiktirafan di dalam dunia perfileman. Mungkin terdapat banyak lagi filem yang sama mutu dengan filem yang saya sebutkan diatas namun saya tidak ingin memperkatakan anugerah yang mereka menangi tetapi kandungan dan makna yang tersirat didalam sebuah jalan cerita yang sangat menarik saya rasakan. Mungkin agak terlambat untuk memperkatakan kedua-dua filem ini kerana filem tersebut telahpun diterbitkan lebih kurang 3 atau 4 tahun yang lepas. Namun ia tidak menjadi penghalang untuk kita memperkatakan tentang mutunya kerana mutu yang baik tidak akan hilang ditelan dek zaman.
Bermula dengan filem Taare Zameen Par yang diarahkan oleh Aamir Khan dan beliau juga merupakan seorang lakon layar didalam filem tersebut. Sebuah cerita yang sangat bombastik dan menyentuh hati setiap penonton yang menontonya. Mengisahkan seorang budak kecil bernama Ishaan yang mempunyai penyakit dyslexia dan hidup didalam keluarga yang agak berada. Namun kehidupannya sangat tertekan dek tiada yang memahami apa yang dialaminya serta kesukarannya dalam memahami setiap perkara disekelilingya. Mujurlah ibu serta abangnya sentiasa memberikan perhatian dan juga kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Namun begitu bapanya yang sangat ego dan sombong tidak pernah cuba untuk mendekati dan memahami anaknya yang begitu istimewa dengan lebih dekat. Penceritaan yang menarik dari mula hingga keakhir membuatkan penonton tidak merasakan 2 jam 45 minit itu sebagai membuang masa. Sarat dengan pengajaran dan juga nilai-nilai kemanusiaan yang semakin hilang ditelan dek zaman.
Nasib Ishaan mula berubah apabila ayahnya menghantar beliau ke sekolah dipedalaman kerana tidak tahan dengan sikap dan kenakalan beliau. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, walaupun berat untuk ibunya melepaskannya namun dia terpaksa melepaskan anak bongsu itu jua. Tetapi disitulah beliau berjumpa dengan seorang guru yang berhati mulia dan berjiwa pendidik sejati. Ia dilakonkan sendiri oleh Aamir Khan. Beliau berjaya membawa watak tersebut dan terserlah sifat penyanyang serta kesantunan seorang guru didalam lakonanya itu. Mulai dari saat itu, hidup Ishaan mula berubah dan akhirnya beliau semakin menunjukkan peningkatan yang positif didalam semua subjek yang diambilnya.
Bagi sesiapa yang belum menontonya, saya mengharapkan anda berusaha untuk menonton filem yang berkualiti tinggi ini. Saya merasakan semua guru dan bakal guru serta ibu bapa “mesti” menonton filem ini kerana ia menceritakan kisah yang berlaku didalam kehidupan seharian kita iaitu tidak semua kanak2 dianugerahkan dengan kecerdasan akal yang tinggi dan IQ yang baik. Bukanlah saya ingin menyanjung filem luar negara dan mengetepikan filem tempatan , namun mutu filem dan kandungannya itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa pujian dan kehebatan penerbit filem luar dalam menerbitkan sesebuah filem sangat baik! Mereka bukan sahaja mengahayati malah turut melakonkan dengan penuh “natural”.
Saya begitu ternanti-nanti filem seumpama ini dari penerbit filem tempatan dan saya harapkan penerbit filem dinegara ini membuka minda mereka dan tidak menjadikan masalah gejala sosial , percintaan remaja dan perzinaan sebagai tema utama filem mereka. Walaupun kutipan tiket memberangsangkan apabila mereka membuat filem seumpama itu, tetapi ia tidak memberikan gambaran dan pengajaran yang baik buat semua penonton. Ataupun tidak keterlaluan saya katakan filem seumpama itu mampu menyumbangkan peratusan yang tinggi didalam gejala sosial di Malaysia yang semakin kritikal.
Sebelum saya mengakhiri penulisan ini, saya memohon maaf terlebih dahulu jika ada yang tidak senang dengan penulisan saya, namun itulah pendapat saya sebagai seorang muslim dan pemerhati yang kerdil, mungkin saya tidak mampu bersuara lantang tetapi saya boleh menulis untuk menyatakan hasrat dan pandangan saya untuk dikongsikan bersama. Sekian wassalam~
cerita taare itu memang sesuai untuk para guru n ibu bapa :)
ReplyDeletebetul tu. ^^
ReplyDeletekupasan entri yg baik naan....kita memang mengharapkan kndgan filem yg mempunyai kualitas spt ini....personalnya, xsalah kita nak kondem filem tempatan buruk sbb mmg isi jalan mmg xelok ditonton..btol x..anyway, syabas.....
ReplyDeletep/s: pasni nak pinjam reket skuash lg yer..:)