TARIKH | SUBUH | ZOHOR | ASAR | MAGHRIB | ISYA’ |
1 | 5.48 | 1.16 | 4.38 | 7.21 | 8.34 |
2 | 5.48 | 1.16 | 4.37 | 7.21 | 8.33 |
3 | 5.48 | 1.16 | 4.37 | 7.21 | 8.33 |
4 | 5.48 | 1.16 | 4.37 | 7.21 | 8.33 |
5 | 5.48 | 1.16 | 4.36 | 7.21 | 8.33 |
6 | 5.48 | 1.16 | 4.36 | 7.20 | 8.32 |
7 | 5.48 | 1.15 | 4.36 | 7.20 | 8.32 |
8 | 5.48 | 1.15 | 4.35 | 7.20 | 8.32 |
9 | 5.49 | 1.15 | 4.35 | 7.20 | 8.32 |
10 | 5.49 | 1.15 | 4.35 | 7.20 | 8.31 |
11 | 5.49 | 1.15 | 4.34 | 7.20 | 8.31 |
12 | 5.49 | 1.15 | 4.34 | 7.19 | 8.31 |
13 | 5.49 | 1.15 | 4.33 | 7.19 | 8.30 |
14 | 5.49 | 1.15 | 4.33 | 7.19 | 8.30 |
15 | 5.49 | 1.14 | 4.32 | 7.19 | 8.30 |
16 | 5.49 | 1.14 | 4.32 | 7.18 | 8.29 |
17 | 5.48 | 1.14 | 4.31 | 7.18 | 8.29 |
18 | 5.48 | 1.14 | 4.30 | 7.18 | 8.29 |
19 | 5.48 | 1.14 | 4.30 | 7.18 | 8.28 |
20 | 5.48 | 1.13 | 4.29 | 7.17 | 8.28 |
21 | 5.48 | 1.13 | 4.29 | 7.17 | 8.28 |
22 | 5.48 | 1.13 | 4.28 | 7.17 | 8.27 |
23 | 5.48 | 1.13 | 4.27 | 7.16 | 8.27 |
24 | 5.48 | 1.12 | 4.27 | 7.16 | 8.26 |
25 | 5.48 | 1.12 | 4.26 | 7.16 | 8.26 |
26 | 5.48 | 1.12 | 4.25 | 7.15 | 8.25 |
27 | 5.48 | 1.11 | 4.24 | 7.15 | 8.25 |
28 | 5.47 | 1.11 | 4.24 | 7.15 | 8.25 |
29 | 5.47 | 1.11 | 4.23 | 7.14 | 8.24 |
30 | 5.47 | 1.11 | 4.22 | 7.14 | 8.24 |
31 | 5.47 | 1.10 | 4.21 | 7.14 | 8.23 |
Wednesday, July 27, 2011
JADUAL WAKTU SOLAT BAGI BULAN OGOS BAGI KAWASAN BATU PAHAT, MUAR , LEDANG , SEGAMAT DAN GEMAS
Sunday, June 26, 2011
DISAAT SAKARATUL MAUT IBLIS LAKNATULLAH
Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera buat semua pembaca sekalian, terima kasih kerana masih sudi untuk membaca post saya. Maaf kerana sudah lama tidak mengeluarkan post. Belakangan ini saya agak sibuk dengan tugasan , walaupun baru je 5 hari naik. =.=’ . walaubagaimanapun kita seharusnya bersyukur kerana ada lagi manusia di luar sana yang tidak mempunyai urusan untuk dilakukan. Alhamdulillah. ;)
Bagi post kali ini saya ingin menyambung lagi mengenai musuh utama kita iaitu iblis laknatuallah. Setiap yang hidup pasti akan mati, begitu juga dengan iblis.
Bagaimanakah cara malaikat ingin mencabut nyawa beliau? Mari kita ikuti cerita nya
Detik-detik kematian iblis
Abu Laits Assarmarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ahnaf bin Qays berkata :
Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Saidina Omar bin Al-Khattab. Tiba-tiba saya bertemu dengan majlis orang ramai sedang mengerumuni Ka’abul Ahbaar yang sedang bercerita :
Ketika Adam Alaihissalam akan mati , dia berkata : “ ya rabbi, musuhmu pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku mati, padahal ia diberi tempoh hingga Qiamat.”
Allah menjawab: “ Hai Adam, kamu langsung menuju syurga , sedangkan si Mal’uun ditunda hingga hari Qiamat supaya merasakan sakit maut sebanyank mana makhluk yang pertama sehingga yang terakhir.”
Maka adam bertanya kepada Malaikatulmaut:
“sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut.”
Maka sesudah diterangkan , maka Adam berkata : “Tuhanku, cukup, cukup.”
Maka bergemuruhlah suara para hadirin sekalian berkata :
“Hai Abu Ishaq , ceritakan kepada kami bagaimana ia merasa maut.”
Pada mulanya Ka’bul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak maka ia berkata :
Jika dunia sudah akhir dan hampir ditiup sangka kala, sedang orang sibuk di pasar bertengkar dan berdagang, tiba-tiba terdengar suara yang sangta keras, sehingga separuh penduduk bumi pengsan kerananya. Maka tidak sedar kecuali sesudah tiga hari, sedangkan sisa yang tidak pengsan , bingung bagaikan halilintar yang sangat keras. Maka tidak seorang pun melainkan mati keranaya. Maka binasalah dunia dan tidak ada yang tinggal di bumi ini sesorang manusia atau jin atau syaitan atau binatang.
Maka inilah saat yang ditentukan oleh Allah itu kepada iblis, kemudian Allah Taala berfirman kepada malaikatulmaut:
“aku telah menjadikan untukmu pembantu sebanyak orang yang pertama hingga yang terakhir, dan aku telah memberitahumu kekuatan penduduk langit dan penduduk bumi, dan kini aku pakaikan kepadamu pakaian murka dan marahKu kepada si mal’uun yang terkutuk iblis. Maka rasakan kepadanaya kepedihan maut yang telah dirasakan oleh oarang-orang yang dahulu hingga terakhir dari jin dan manusia. Berlipa-lipat ganda.
Dan hendaklah kamu membawa 70,000 malaikat yang kesemuanaya penuh rasa murka dan kecemasan dan tiap malaikat Zabaniah membawa rantai dari Neraka Ladha dan cabutlah dengan 70,00 cungkilan (bantolan) dari Neraka Ladha dan beritakan kepada Malaikat Malik supaya membuka pintu-pintu neraka.”
Maka turunlah malakulmaut dalam keadaan yang sangat mengerikan , sehinggakan andaikan penduduk langit dan bumi dapat melihat bentuknya itu, nescaya akan cair semuanya kerana sangat ngerinya.
Maka apabila sampai kepada iblis dan bentaknya sekali sahaja langsung ia (iblis) pengsan dan mendengkur dan andaikan dengkur itu didengari oelh penduduk timur hingga ke barat, nescaya pengsanlah mereka.
Lalu malakulmaut membentak iblis :
“berhentilah wahai penjahat. Kini aku merasakan kepadamu kepedihan maut sebagaimana dirasakan oleh banyaknya hitungan orang yang telah kamu sesatkan dalam beberapa abad yang kamu hidup. Dan hari inilah yang telah ditentukan oelh Tuhan bagimu. Maka kemanakah kamu akan lari?”
Maka larilah iblis itu ke hujung timur tiba-tiba malakulmaut telah ada di depannya, lalu ia menyelam ke dalam laut. Maka berlari ia keliling bumi, tetapi tidak ada tempat untuk berlindung baginya.
Kemudian ia berdiri di tengah kubur Nabi Adam alaihisalam sambil berkata:
“keranamu aku telah menjadi Mal’uun. Duhai sekiranya aku tidak dijadikan.”
Lalu ia berkata kepada Malakulmaut:
“minuman apakah yang akan kau berikan kepadaku dan siksa apakah yang akan kau timpakan kepadaku?
Jawab malakulmaut:
“dengan minuman dari neraka Ladha dan serupa dengan siksa ahli neraka dan berlipat-lipat ganda.”
Maka berguling-gulinglah Iblis di tanah sambil menjerit (berteriak)sekeras-kerasnya, kemudian lari-lari dari barat ke timur dan berbalik. Maka sampai ke tempat ia pertama diturunkan , sudah dihalang oleh Malaikat Zabaniyah dengan bantolannya, sedang bumi ini bagaikan bara api, sedangkan ia (iblis) dikerumuni oleh Malaikat Zabaniyah yang menikam dengan bantolan dari neraka itu sehinggakan merasakan nazak (sakaratulmaut) akan mati itu.
Kemudian dipanggil Adam dan hawa untuk melihat keadaan iblis. Maka bangkitlah keduanya untuk melihatnya. Dan sesudah melihat itu, keduanya bedoa:
“ya tuhan kami, sungguh Engkau telah menyempurnakan nikmatMu pada kami.”
“Allah berfirman : Hai Iblis! Apa yang menghalangkan daripada turut sujud kepada(Adam) yang telah ciptakan dengan kekuasaanKu? Adakah engkau berlaku sombong takabbur, ataupun engkau dari golongan yang tertinggi?” (surah Shad: 75)
Sekian saja perkongsian saya bersama rakan sekalian. Insyaallah apa yang kita baca dapat kita sampaikan kepada yang lain. J
Tuesday, June 21, 2011
JOM KENALI IBLIS DENGAN LEBIH DEKAT.
1. BIODATA DIRI
| NAMA | IBLIS LA’NATULLAH |
| TARIKH LAHIR | Sejak ia membantah dan enggan sujud kepada nabi Adam setelah diperintahkan oleh Allah. |
| STATUS DAN MARTABAT DIRI | Fasiq kelas pertama |
| AGAMA DAN KEYAKINAN | Kufur |
| TEMPAT TINGGAL | Di hati setiap orang yang fasiq dan menyukai kebatilan |
| KAWASAN/ DAERAH JAJAHAN | Semua kawasan dan tempat di mana tidak ada disebut nama Allah dan kemungkaran bermaharajalela. |
| BENTUK DAN DAN STRUKTUR JALAN | Bengkang bengkok (tiada haluan) |
| LAMPU ISYARAT | Gelap gelita (cahaya maksiat di merata tempat) |
| TEMPAT TINGGAL TETAP | Neraka jahanam |
| PERHIASAN DUNIA | Semua wanita yang tidak menutup aurat |
| SAHABAT HANDAI | Semua golongan penguasa yang zalim (taghut) |
Tempat tinggal Iblis:
Sebagaimana manusia mempunyai tempat tinggal dan rumah , begitu pula dengan golongan jin dan iblis. Mereka mempunyai tempat tinggal berupa istana , rumah majlis keramaian , dan sebagainya.
1. Tandas
Anas bin Malik r.a berkata:
“iblis telah bertanya pada Allah : katanya, wahai tuhanku! Engkau telah memberikan anak adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah kepada tempat kediamanku.”
Firman Allah : “tempat kediamanmu adalah didalam tandas.”
2. Pasar , Pusat Membeli Belah Dan Tempat-Tempat Maksiat.
Iblis bertanya lagi:
“wahai tuhanku, engkau telah berikan anak adam berkumpul di masjid, dimanakah pela tempatku berkumpul?”
Firman Allah: “tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar , pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”
3.buku bacaan dan muzik iblis
Iblis juga mempunyai bahan-bahan bacaan dan muzik untuk menyesatkan manusia.
SYAIR DAN SAJAK:
Iblis bertanya : “wahai tuhanku, engkau berikan anak adam itu kitab (al-quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaan ku ?”
Firman Allah : “bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”
KATA-KATA KESAT DAN DUSTA.
Iblis bertanya :”wahai tuhanku, engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar , apakah pula cerita bagiku?”
Firman Allah :”cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”
SERULING
Iblis bertanya: “ wahai tuhanku, engkau telah berikan azan kepada anak adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”
Firman Allah : “azan untukmu ialah seruling.”
UTUSAN IBLIS
Iblis bertanya : “wahai tuhanku, engaku telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah utusanku?”
Firman Allah: “ para utusanmu ialah bomoh, tabib dan dukun yang menduakan ku.”
GINCU DAN LUKISAN.
Iblis bertanya: “wahai tuhanku, engkau telah berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”
Firman Allah: “tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”
PERANGKAP IBLIS
Iblis mempunyai banyak jalan untuk memerangkap manusia, antaranya adalah menerusi kaedah berikut :
WANITA
Iblis bertanya: “wahai tuhanku, engkau berikan anak adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”
Firman Allah : “ perangkap bagimu ialah wanita.”
MINUMAN YANG MEMABUKKAN
Iblis bertanya :” ya tuhanku, engkau berikan minuman yang halal yang disebutkan namamu, apakah pula minuman ku?”
Firman Allah : “minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tiada disebutkan nama-Ku padanya.”
Sabda Rasulullah SAW.:
“Wahai Manusia, Laksanakanlah Amalan-Amalan Menurut Kemampuan Kamu, Sesungguhnya Allah Tidak Akan Bosan Sebelum Kamu Berasa Bosan, Sesungguhnya Amakan Yang Paling Disukai Allah Ialah Amalan Yang Ringan Namun Berterusan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Disunting dari : buku perangkap syaitan dan cara menghindarinya
adullah: buku ini boleh didapati di perpustakaan IPTHO, dan teruskan membaca entri saya yang akan datang. :D
Subscribe to:
Posts (Atom)


