1. BIODATA DIRI
| NAMA | IBLIS LA’NATULLAH |
| TARIKH LAHIR | Sejak ia membantah dan enggan sujud kepada nabi Adam setelah diperintahkan oleh Allah. |
| STATUS DAN MARTABAT DIRI | Fasiq kelas pertama |
| AGAMA DAN KEYAKINAN | Kufur |
| TEMPAT TINGGAL | Di hati setiap orang yang fasiq dan menyukai kebatilan |
| KAWASAN/ DAERAH JAJAHAN | Semua kawasan dan tempat di mana tidak ada disebut nama Allah dan kemungkaran bermaharajalela. |
| BENTUK DAN DAN STRUKTUR JALAN | Bengkang bengkok (tiada haluan) |
| LAMPU ISYARAT | Gelap gelita (cahaya maksiat di merata tempat) |
| TEMPAT TINGGAL TETAP | Neraka jahanam |
| PERHIASAN DUNIA | Semua wanita yang tidak menutup aurat |
| SAHABAT HANDAI | Semua golongan penguasa yang zalim (taghut) |
Tempat tinggal Iblis:
Sebagaimana manusia mempunyai tempat tinggal dan rumah , begitu pula dengan golongan jin dan iblis. Mereka mempunyai tempat tinggal berupa istana , rumah majlis keramaian , dan sebagainya.
1. Tandas
Anas bin Malik r.a berkata:
“iblis telah bertanya pada Allah : katanya, wahai tuhanku! Engkau telah memberikan anak adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah kepada tempat kediamanku.”
Firman Allah : “tempat kediamanmu adalah didalam tandas.”
2. Pasar , Pusat Membeli Belah Dan Tempat-Tempat Maksiat.
Iblis bertanya lagi:
“wahai tuhanku, engkau telah berikan anak adam berkumpul di masjid, dimanakah pela tempatku berkumpul?”
Firman Allah: “tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar , pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”
3.buku bacaan dan muzik iblis
Iblis juga mempunyai bahan-bahan bacaan dan muzik untuk menyesatkan manusia.
SYAIR DAN SAJAK:
Iblis bertanya : “wahai tuhanku, engkau berikan anak adam itu kitab (al-quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaan ku ?”
Firman Allah : “bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”
KATA-KATA KESAT DAN DUSTA.
Iblis bertanya :”wahai tuhanku, engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar , apakah pula cerita bagiku?”
Firman Allah :”cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”
SERULING
Iblis bertanya: “ wahai tuhanku, engkau telah berikan azan kepada anak adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”
Firman Allah : “azan untukmu ialah seruling.”
UTUSAN IBLIS
Iblis bertanya : “wahai tuhanku, engaku telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah utusanku?”
Firman Allah: “ para utusanmu ialah bomoh, tabib dan dukun yang menduakan ku.”
GINCU DAN LUKISAN.
Iblis bertanya: “wahai tuhanku, engkau telah berikan kitab suci Al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”
Firman Allah: “tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”
PERANGKAP IBLIS
Iblis mempunyai banyak jalan untuk memerangkap manusia, antaranya adalah menerusi kaedah berikut :
WANITA
Iblis bertanya: “wahai tuhanku, engkau berikan anak adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”
Firman Allah : “ perangkap bagimu ialah wanita.”
MINUMAN YANG MEMABUKKAN
Iblis bertanya :” ya tuhanku, engkau berikan minuman yang halal yang disebutkan namamu, apakah pula minuman ku?”
Firman Allah : “minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tiada disebutkan nama-Ku padanya.”
Sabda Rasulullah SAW.:
“Wahai Manusia, Laksanakanlah Amalan-Amalan Menurut Kemampuan Kamu, Sesungguhnya Allah Tidak Akan Bosan Sebelum Kamu Berasa Bosan, Sesungguhnya Amakan Yang Paling Disukai Allah Ialah Amalan Yang Ringan Namun Berterusan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Disunting dari : buku perangkap syaitan dan cara menghindarinya
adullah: buku ini boleh didapati di perpustakaan IPTHO, dan teruskan membaca entri saya yang akan datang. :D

No comments:
Post a Comment