Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam dan kita diberikan petunjuk dan hidayah sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!!
Hari ini saya ingin membuat sedikit kupasan mengenai kepentingan membaca, memahami dan mempelajari Al-Quran. Saudara sekalian sebagai seorang muslim kita digalakkan untuk membaca al-quran kerana al-quran ini merupakan penawar segala penyakit, gedung bagi sekalian ilmu dan pembuka segala rahmat. Sedarkah kita bahawa Allah telah memberi jaminan kepada Rasulullah terhadap keaslian dan ketelusan Al-Quran sehingga ke akhir zaman. Betapa untungnya kita kerana Al-Quran pada zaman ini dan masa akan datang tetap dijaga keasliannya seperti mana yang diturunkan sewaktu rasulullah menerimanya daripada Allah.
Namun dalam sehari berapa kalikah kita membaca Al-Quran? Adakah pernah kita membaca tafsir Al-Quran? mungkin ada dalam kalangan kita pernah mengkhatam AL-Quran sekali seumur hidup dan tidak pernah mengulanginya kerana mereka menganggap bahawa Al-Quran hanya sekadar bacaan tulisan jawi dan hanya tulisan kosong yang tidak mampu memberikan apa2 manfaat kepada mereka.
Setiap hari, kita makan 3 kali sehari, ada yang makan 5 kali sehari. Mengapa kita makan? Sudah semestinya kita lapar dan kita pasti dan yakin bahawa dengan makan makanan kita akan kenyang. Itu makan jasmani, bagaimanakah pula dengan makanan rohani. Ramai yang tidak sedar yang rohani mereka sedang kelaparan, sedang terseksa dan mungkin sudah ada yang mati. Apakah buktinya?
1. hati sentiasa gelisah
2. merasa diri selalu murung
3. masalah yang remeh dianggap dan dibesar-besarkan
4. tidak boleh menerima teguran
5. tiada rasa penyesalan apabila melakukan kesalahan hatta dosa besar
6. buntu dalam mencari penyelesaian.
Sebenarnya pelbagai lagi masalah yang akan dihantui oleh manusia apabila mereka jauh dari Allah.
Saudara sekalian, ingatlah setiap musibah dan ujian yang Allah berikan adalah satu tanda kasih sayang Allah buat hambanya. Sebagai hamba kita tidak berhak untuk mempertikaikan jenis masalah yang Allah berikan kepada kita. Apabila kita diuji, berbaliklah kita kepada Allah, sentiaslah memuhasabah diri sendiri dan jangan sekali-kali kita menyalahkan orang lain. Ada juga segelintir daripada kita apabila diuji dengan masalah akan menangis tidak berhenti2, berasa diri terhina, ingin membunuh diri dan juga berasa putus asa. Lihat disini betapa lemahnya kita, baru diuji sudah rebah dan tidak mampu bangkit. Sedangkan Allah hanya ingin menguji iman dan ketabahan hambanya.
Oleh itu antara langkah untuk mencari ketenangan diri ialah dengan membaca, menghayati dan juga mengkaji Al-Quran. Hal ini kerana AL-Quran bersifat syumul (lengkap) kerana ianya 100% diturunkan oleh pencipta kita yang maha agung. Jadi marilah kita sama2 memuhasabah diri kita agar kita sentiasa dekat dengan Allah dan juga tabah dalam menghadapi segala ujian yang Allah berikan.
“Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu hambanya menanggung”
Sekian .
abdullah : "perlunya muhasabah diri untuk membuang sifat ego"
No comments:
Post a Comment