My Blog List

Pages

Friday, June 10, 2011

FILEM : KIAMAT SUDAH DEKAT

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar semua? Saya doakan anda semua pembaca setia blog abdullah ini senantiasa sihat dan dirahmati Allah selalu. Insyallah.

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sebuah filem yang berjudul KIAMAT SUDAH DEKAT. Cerita ini sangat menarik untuk ditonton oleh semua lapisan masyrakat . Pada awalnya saya tidak begitu tertarik untuk menonton filem ini kerana faktor-faktor tertentu, tetapi ibu saya sendiri yang ingin menonton filem pada malam cuti, jadi saya telah memuaturun cerita ini daripada sebuah laman sesawang di internet. Memang menjadi kebiasaan di rumah kami, kami akan berkumpul sekeluarga untuk menonton sebarang program bersama-sama, mungkin program tersebut terdiri daripada filem, cerekarama, berita, hiburan ringan serta sukan. Ibu saya juga merupakan antara peminat saluran sukan di RTM kerana rumah kami tiada ASTRO, maka beliau akan selalu menonton kejohanan terbuka badminton yang sering kali diadakan di seluruh dunia.

Selepas saya selesai memuat turun cerita tersebut, kami pun menonton cerita tersebut bersama-sama. Cerita yang berasal dari seberang ini sangat mencuit hati dan tidak mempunyai plot cerita yang membosankan.

Cerita tersebut mengisarkan sekumpulan anak muda yang terkenal dengan muzik rock  mereka. Salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut bernama FANDY. Beliau merupakan seorang anak jutawan dan hidupnya hanya bersama muzik. Beliau juga dilahir , dibesarkan dan mendapat pelajaran di Amerika Syarikat.
Suatu hari beliau bersiar-siar menaiki motor di sebuah kampung dan beliau telah dibaling dengan aiskrim oleh seorang budak tanpa disengajakan. Kemudian beliau telah pergi ke masjid untuk membersihkan pakaian beliau, tetapi sewaktu beliau berada di masjid seorang budak kampung yang bernama SAPROL telah mencuri kasut berjenama beliau. Maka SAPROL telah dikejar keliling kampung oleh FANDY. Kemudian SAPROL telah menyorok didalam sebuah rumah kiai (ustaz). Didalam rumah tersebut ada seorang perempuan solehah bernama SARAH yang dijaga rapi oleh ayahnya. Kemudian sebuah pertembungan antara FANDY dan SARAH telah berlaku dan mulalah terbit bibit cinta didalam hatinya terhadap SARAH. Namun tidak mudah bagi FANDY untuk mendapatkan wanita solehah seperti SARAH dek kerana kecetekan ilmu agama serta tidak pernah mengamalkan agama islam dalam kehidupan seharian. Tetapi cinta itu buta dan membutakan, beliau tetap terus berusaha untuk mengenali SARAH melalui pelbagai helah yang beliau lakukan, namun ayah SARAH, seorang ustaz dan imam di masjid kampung tersebut telah menghalang pertemuan secara bebas terhadap anak perempuanya lalu telah memberikan beberapa syarat buat FANDY mengenai soal agama. FANDY begitu bingung dan pelbagai aksi lucu telah berlaku sewaktu FANDY menerima tugasan tersebut. Pada waktu yang sama ayah SARAH telah pun mempunyai calon yang lebih baik iaitu bernama FARID. FARID merupakan seorang pemuda yang menerima pelajaran tinggi di Mesir. Tetapi desakan dari ayah SARAH telah menyebabkan FARID tidak selesa namun beliau telah berubah hati setelah memandang keayuan wajah SARAH. Tetapi bagaimana pula dengan nasib FANDY? Adakah FANDY berjaya menyahut cabaran ustaz tersebut? Bagaimana pula dengan FARID, adakah FARID mampu mendapatkan SARAH?



Oleh itu saya menyarankan agar semua pembaca dapat meluangkan masa untuk menonton filem dari seberang ini. Cerita ini banyak mengisarkan tentang keindahan islam dan juga menunjukkan kepada kita ciri-ciri perkenalan dan percintaan dari sudut Islam itu sendiri. Namun cerita ini tidak membosankan kerana pelbagai aksi lucu yang dilakukan oleh FANDY sewaktu beliau menyahut cabaran ustaz tersebut. Bagi mereka yang berhampiran dengan saya, anda boleh mengambil cerita tersebut secara percuma!!


Sekian saja entri saya kali ini. Insyallah kita berjumpa lagi. Wassalam. ^_^


abdullah : “on vacation”  J

No comments:

Post a Comment