My Blog List

Pages

Wednesday, June 15, 2011

INGAT 2 PERKARA , LUPAKAN 2 PERKARA…



Assalamualaikum w.b.t

Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian, pada entri kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai tajuk diatas. Tajuk ini telah dibincangkan dalam satu majlis ilmu di masjid fathur rahman di pengkalan rama melaka.

Penceramah tersebut berkata “ dalam hidup ini, kita kena sentiasa ingat dua perkara agar kita sentiasa merasa rendah diri. Perkara tersebut ialah dosa kita kepada Allah dan juga dosa kita kepada sesama manusia. Setiap hari sebelum kita tidur, pastikan kita merenung sejenak dan memuhasabah diri sendiri. Berapa banyakkah dosa yang telah kita lakukan sepanjang hari ini.”

dua perkara yang kita kena lupakan pula ialah amalan kita kepada Allah dan jasa serta sumbangan bakti kita kepada sesama manusia. Kelupaan yang dimaksudkan didalam ayat ini ialah seperti kita tidak pernah membuat sebarang amalan kepada Allah dan juga tidak pernah membuat sebarang jasa kepada sesama manusia”

Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,

Apabila kita menanam sifat diatas didalam sanubari maka kita akan dapat membuang sifat ujub, takabbur dan riak dalam segenap amalan yang kita lakukan. Hatta akan membantu kita menyedarkan diri bahawa kita adalah hambanya yang hina lagi berdosa. Apabila kita sentiasa melupakan amalan baik kita kepada Allah dan juga kepada sesama manusia , maka kita akan sentiasa ingin berlumba-lumba dalam melakukan amalan kebajikan setiap hari kerana kita tahu bahawa kematian adalah pasti dan akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.



Selain itu, pastikan kita melakukan amalan kebajikan hanya semata-mata kerana Allah. Hal ini kerana sebarang amalan yang bertuhankan pujian dan sanjungan semata-mata tidak dipandang oleh Allah malah dihina sekejinya, nauzubillah.

Bagi perkara yang kita mesti sentiasa ingat pula ialah dosa kita kepada Allah dan kepada sesama manusia. Apabila sifat ini subur dalam hati manusia, maka kita akan sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan samada gerakan hati, lantunan lidah, bahasa badan serta hasad kita kepada Allah dan juga manusia.



Selain itu, apabila kita kerap mengingat kembali kepada kesalahan, maka akan mudahlah kita untuk beristighfar dan juga ingin sentiasa memohon maaf kepada Allah dan juga kepada sesama manusia.

Sekian saja entri saya pada kali ini, insyaallah coretan yang sedikit ini dapat memberi manafaat kepada diri saya serta kepada sidang pembaca sekalian. Wassalam.


No comments:

Post a Comment