Assalamualaikum w.b.t
Anda mengalami masalah mata? rabun jauh atau rabun dekat dan kuasa kanta cermin mata anda dah beratus-ratus. Mungkin juga anda tak suka memakai cermin mata yang kosnya akan meningkat dari setahun ke setahun. Nak buat satu cermin mata yang berkualiti tinggi bukannya murah ada yang mencecah ribuan ringgit.
Tidak semua orang suka memakai cermin mata apa lagi kalau anda seorang yang pelupa, sering kehilangan cermin mata sebab sifat pelupa anda.
Nak mengatasi masalah kos membeli cermin mata yang sentiasa meningkat kenalah buat pembedahan mata. Tapi tak semua pembedahan boleh menyembuhkan rabun anda kadang-kadang berlaku komplikasi yang teruk pada mata.
Namun sekarang ni dah ada teknologi canggih yang boleh membetulkan mata anda tanpa pisau dengan sangat effektif tidak kira berapa usia anda dan tak kira samada anda mengalami rabun jauh atau rabun dekat.
Mata anda akan dibetulkan mata dengan menggunakan teknologi lasser LASIK – singkatan dari “laser-assisted in situ keratomileusis”. Selepas pembedahan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja, anda terus boleh melihat dengan jelas tanpa rasa ngilu dan kesan merah pada mata. Anda boleh lihat video promonya di laman web Prof. Dr Muhaya Mohamad.Prof Dr Muhaya Mohamad adalah pakar perunding dan Pengarah di PMPC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre, Professor of Ophthalmology of Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Adjunct Professor to International Islamic University of Malaysia. Sekarang ni Dr Muhaya ialah Chairperson of Malaysian Medical Association Ophthalmological Society.
Setiap jam 7 pagi sabtu Dr Muhaya akan ke udara di radio IKIM, Dr Muhaya juga sering ke udara di rancangan-rancangan TV dan slot terbaru Dr Muhaya Mohamad ialah Mata Ke Hati di Astro Prima setiap Jumaat jam 7 malam.
No comments:
Post a Comment