Assalamualaikum..
Entri kali ini khas buat semua bapa di luar sana. :)
Seperti biasa Harith, ketua jabatan di sebuah perusahaan swasta terkemuka tiba di rumahnya pada pukul 11 malam.Tidak seperti biasanya, Hadi, putera pertamanya yang baru belajar di tahun dua membuka pintu. Hadi nampaknya sudah menunggu cukup lama.
”Eh, kenapa belum tidur lagi?” sapa Harith sambil mencium anaknya. Biasanya Hadi memang sudah lelap ketika dia pulang dan baru terjaga ketika dia berangkat ke pejabatnya pada pagi hari.
Sambil mengekori ayahnya menuju ke ruang tamu, Hadi menjawab, “Hadi tunggu ayah pulang sebab Hadi mahu Tanya berapa gaji ayah?” “Gaji ayah? Ini mesti mahu minta duit lagi kan?” “taklah ayah. Saja Hadi mahu tahu ”. ”Ok, Hadi boleh hitung sendiri. Setiap hari ayah bekerja lebih kurang 10 jam dan dibayar RM 400. Setiap bulan ayah bekerja selama 25 hari, jadi gaji ayah dalam sebulan berapa?”
Hadi berlari sambil mengambil kertas dan penselnya dari meja belajar. ”Kalau satu hari ayah dibayar RM400 untuk 10 jam, beerti satu jam ayah menerima gaji RM40,” katanya. ”Pandai anak ayah. Sudah, sekarang cuci dan kaki masuk tidur, ” perintah Harith. Tetapi Hadi tidak berganjak. Hadi kembali bertanya, ayah boleh tak kalau Hadi nak pinjam duit ayah RM10?” ”Buat apa minta duit malam-malam macam ni? Janganlah macam ni, Hadi pergi tidur. Ayah sudah penat ni. Ayah nak mandi, lepas tu ayah nak tidur, esok ayah nak kerja lagi. Hadi pun pergi tidur ye. Esok nak sekolah.” ”Tapi ayah.........” Kesabaran Harith sampai ke kemuncak.
”Ayah kata tidur!” herdiknya mengejutkan Hadi. Anak kecil itu pun berlari menuju ke kamarnya. Usah mandi, Harith diburu rasa menyesal. Sebelum tidur, dia menjenguk bilik tidur Hadi. Anak kesayangannya itu sedang menangis. Di tangannya ada wang kertas RM10. Harith menghampiri si anak dan baring di sisinya sambil berkata, “Maafkan ayah nak. Ayah sayangkan Hadi. Tapi buat apa Hadi minta duit malam-malam begini? Kalau mahu beli mainan, esokkan boleh.jangankan RM10, lebih dari itu pun ayah boleh bagi. ”
”Ayah, Hadi bukan minta duit ayah,Hadi cuma nak pinjam je. Nanti bila tabung Hadi dah cukup, Hadi bayarlah balik dekat ayah.” Iyalah, tapiyang tulus ikhlas tu jauh lebih berharga bagi anak-anak jika dibandingkan dengan barang-barang mainan, telefon bimbit, atau yang lain-lain lagi.
”Habis tu Hadi ank buat apa dengan duit tu?” Tanya Harith lembut. “Hadi tunggu ayah dari pukul 8 lagi. Hadi nak ajak ayah main ular tangga. Tiga puluh minit jer. Ibu selalu cakap masa ayah berharga. Jadi Hadi mahu beli waktu ayah. Hadi buka tabung tapi ada RM10 je. Tapi sebab ayah cakap satu jam ayah dibayar RM40, kalau setengah jam RM20. Duit tabung Hadi kurang RM10. Hadi nak pinjam daripada ayah,” kata Hadi polos. Harith terdiam. Dia kehilangan kata-kata. Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.
Monday, June 20, 2011
Friday, June 17, 2011
DISEBALIK NAMAMU YA MUHAMMAD.. (KHAS BUAT PENCINTA RASULALLAH)
ASSALAMUALAIKUM. W.B.T
Hari ini marilah kita merenung sifat-sifat Nabi junjungan kita Nabi Muhamad SAW. Bagaimanakan sifat yang beliau tunjukan semasa bersama dengan isteri dan para sahabat yang lain. Bagaimana sabarnya beliau dalam menghadapi liku-liku kehidupan semasa. Kami mengajak semua untuk mengikuti jejak-jejak dan juga perbuatan-perbuatan yang beliau tunjukkan buat panduan hingga akhir zaman.
Dibalik Kehidupan insan bernama: “Muhammad”
1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
2. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.
3. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
4. Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
”Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
5. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."
6. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, ”Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
7. Pernah baginda bersabda,
"sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.
8. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar" "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut,”Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
9. Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
10. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
11. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.
12. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain, ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.
13. Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah, hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
"Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
Jawab baginda dengan lunak,
"Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
14. Rasulullah s. a. w. bersabda,
"Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"
Moral cerita:
Bila kita renung sifat-sifat beliau ini. Sabar adalah kunci kepada seluruh perbuatan beliau, dalam ayat al-Quran Surah Al-Asr ayat 1-3 berbunyi: Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. Dengan itu bersabar dan berlemah lembutlah terhadap semua insan agar kita dapat mengekalkan perhubungan sesama manusia (Habblum minan nas).
Wassalam..
Wednesday, June 15, 2011
INGAT 2 PERKARA , LUPAKAN 2 PERKARA…
Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian, pada entri kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai tajuk diatas. Tajuk ini telah dibincangkan dalam satu majlis ilmu di masjid fathur rahman di pengkalan rama melaka.
Penceramah tersebut berkata “ dalam hidup ini, kita kena sentiasa ingat dua perkara agar kita sentiasa merasa rendah diri. Perkara tersebut ialah dosa kita kepada Allah dan juga dosa kita kepada sesama manusia. Setiap hari sebelum kita tidur, pastikan kita merenung sejenak dan memuhasabah diri sendiri. Berapa banyakkah dosa yang telah kita lakukan sepanjang hari ini.”
“dua perkara yang kita kena lupakan pula ialah amalan kita kepada Allah dan jasa serta sumbangan bakti kita kepada sesama manusia. Kelupaan yang dimaksudkan didalam ayat ini ialah seperti kita tidak pernah membuat sebarang amalan kepada Allah dan juga tidak pernah membuat sebarang jasa kepada sesama manusia”
Pembaca yang dirahmati Allah sekalian,
Apabila kita menanam sifat diatas didalam sanubari maka kita akan dapat membuang sifat ujub, takabbur dan riak dalam segenap amalan yang kita lakukan. Hatta akan membantu kita menyedarkan diri bahawa kita adalah hambanya yang hina lagi berdosa. Apabila kita sentiasa melupakan amalan baik kita kepada Allah dan juga kepada sesama manusia , maka kita akan sentiasa ingin berlumba-lumba dalam melakukan amalan kebajikan setiap hari kerana kita tahu bahawa kematian adalah pasti dan akan menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.
Selain itu, pastikan kita melakukan amalan kebajikan hanya semata-mata kerana Allah. Hal ini kerana sebarang amalan yang bertuhankan pujian dan sanjungan semata-mata tidak dipandang oleh Allah malah dihina sekejinya, nauzubillah.
Bagi perkara yang kita mesti sentiasa ingat pula ialah dosa kita kepada Allah dan kepada sesama manusia. Apabila sifat ini subur dalam hati manusia, maka kita akan sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara yang kita lakukan samada gerakan hati, lantunan lidah, bahasa badan serta hasad kita kepada Allah dan juga manusia.
Selain itu, apabila kita kerap mengingat kembali kepada kesalahan, maka akan mudahlah kita untuk beristighfar dan juga ingin sentiasa memohon maaf kepada Allah dan juga kepada sesama manusia.
Sekian saja entri saya pada kali ini, insyaallah coretan yang sedikit ini dapat memberi manafaat kepada diri saya serta kepada sidang pembaca sekalian. Wassalam.
Sunday, June 12, 2011
CERITA NABI MUHAMMAD DAN KUCINGNYA. ( BAGI PENGGEMAR KUCING)
Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tidak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.
Dalam situasi yang lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di letakkan dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi suka ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan seperti menyanyangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan comel ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar As Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.
“ kadangkala berbuat baik dengan binatang lebih baik dan tidak menyakitkan hati diri sendiri daripada berbuat baik kepada sesama manusia”
MENGAPA DOA KITA TIDAK DIANGKAT ?
Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah. Allah SWT tidak suka kepada umatnya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-A’raaf ayat 55-56, maksudnya : “Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik”.
Salman al-Farisi meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakan amal kebajikan”. (Riwayat Tirmizi).
Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata kepada kita bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah takdir Allah dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang. Di saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia akan sedar bahawa sesungguhnya kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.
Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi doa kita tidak dimakbul Allah SWT. Seorang sahabat iaitu Saad Abi Waqas pernah meminta Rasulullah SAW agar memberinya panduan untuk mendapat doa yang makbul. Menurut Ibnu Abbas r.a, Rasulullah SAW bersabda : “Wahai Sa’ad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari. Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah layak untuknya”. (Hadis Riwayat Thabrani).
Berdasarkan besar peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadah kepada Allah. Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab-adab tertentu. Berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis, antara lain adab berdoa itu ialah :
- Suci dari hadas besar dan kecil.
- Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW.
- Berdoa dengan ikhlas, suara yang perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu, dan yakin Allah akan mengkabulkan doa sama ada cepat atau lambat.
- Berdoa terus menerus sama ada semasa senang atau susah, dan tanpa putus asa.
- Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturrahim, kerosakkan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab”.
Doa adalah senjata ghaib umat Islam untuk memohon pertolongan Allah. Terdapat tiga golongan yang doa mereka amat diterima oleh Allah bersandarkan kepada sebuah hadis Qudsi yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka iaitu pertama, doa orang yang berpuasa; kedua, doa pemerintah yang adil; dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa-doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi”. (Riwayat Tirmizi).
Adalah menjadi tanggungjawab ulama dan umat Islam sekalian supaya berhati-hati tatkala berdoa. Sesungguhnya doa orang yang dizalimi dan teraniaya adalah mustajab. Apalagi kalau mereka itu orang-orang yang lemah, tiada kuasa dan orang tua. Semakin lemah mereka, maka semakin besar dan cepat pula pertolongan Allah datang membantu.
Dengan sikap berhati-hati ketika berdoa, insyaAllah kehidupan kita terjauh daripada melakukan pelbagai bentuk kezaliman, pembohongan, ketidakadilan, fitnah-memfitnah dan penganiayaan dalam keluarga, masyarakat, pertubuhan dan organisasi.
Berdasarkan peringatan Allah SWT dan Rasulullah SAW itu, mereka yang melakukan kezaliman, fitnah dan penganiayaan kepada manusia tidak akan terlepas begitu saja. Sebagai peringatan berhubung tingkah laku kita, marilah kita menghayati firman Allah SWT ini, maksudnya : “Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya”. (Surah Fussilat : Ayat 46).
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata, aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Friday, June 10, 2011
FILEM : KIAMAT SUDAH DEKAT
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Saya doakan anda semua pembaca setia blog abdullah ini senantiasa sihat dan dirahmati Allah selalu. Insyallah.
Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi sebuah filem yang berjudul KIAMAT SUDAH DEKAT. Cerita ini sangat menarik untuk ditonton oleh semua lapisan masyrakat . Pada awalnya saya tidak begitu tertarik untuk menonton filem ini kerana faktor-faktor tertentu, tetapi ibu saya sendiri yang ingin menonton filem pada malam cuti, jadi saya telah memuaturun cerita ini daripada sebuah laman sesawang di internet. Memang menjadi kebiasaan di rumah kami, kami akan berkumpul sekeluarga untuk menonton sebarang program bersama-sama, mungkin program tersebut terdiri daripada filem, cerekarama, berita, hiburan ringan serta sukan. Ibu saya juga merupakan antara peminat saluran sukan di RTM kerana rumah kami tiada ASTRO, maka beliau akan selalu menonton kejohanan terbuka badminton yang sering kali diadakan di seluruh dunia.
Selepas saya selesai memuat turun cerita tersebut, kami pun menonton cerita tersebut bersama-sama. Cerita yang berasal dari seberang ini sangat mencuit hati dan tidak mempunyai plot cerita yang membosankan.
Cerita tersebut mengisarkan sekumpulan anak muda yang terkenal dengan muzik rock mereka. Salah seorang daripada anggota kumpulan tersebut bernama FANDY. Beliau merupakan seorang anak jutawan dan hidupnya hanya bersama muzik. Beliau juga dilahir , dibesarkan dan mendapat pelajaran di Amerika Syarikat.
Suatu hari beliau bersiar-siar menaiki motor di sebuah kampung dan beliau telah dibaling dengan aiskrim oleh seorang budak tanpa disengajakan. Kemudian beliau telah pergi ke masjid untuk membersihkan pakaian beliau, tetapi sewaktu beliau berada di masjid seorang budak kampung yang bernama SAPROL telah mencuri kasut berjenama beliau. Maka SAPROL telah dikejar keliling kampung oleh FANDY. Kemudian SAPROL telah menyorok didalam sebuah rumah kiai (ustaz). Didalam rumah tersebut ada seorang perempuan solehah bernama SARAH yang dijaga rapi oleh ayahnya. Kemudian sebuah pertembungan antara FANDY dan SARAH telah berlaku dan mulalah terbit bibit cinta didalam hatinya terhadap SARAH. Namun tidak mudah bagi FANDY untuk mendapatkan wanita solehah seperti SARAH dek kerana kecetekan ilmu agama serta tidak pernah mengamalkan agama islam dalam kehidupan seharian. Tetapi cinta itu buta dan membutakan, beliau tetap terus berusaha untuk mengenali SARAH melalui pelbagai helah yang beliau lakukan, namun ayah SARAH, seorang ustaz dan imam di masjid kampung tersebut telah menghalang pertemuan secara bebas terhadap anak perempuanya lalu telah memberikan beberapa syarat buat FANDY mengenai soal agama. FANDY begitu bingung dan pelbagai aksi lucu telah berlaku sewaktu FANDY menerima tugasan tersebut. Pada waktu yang sama ayah SARAH telah pun mempunyai calon yang lebih baik iaitu bernama FARID. FARID merupakan seorang pemuda yang menerima pelajaran tinggi di Mesir. Tetapi desakan dari ayah SARAH telah menyebabkan FARID tidak selesa namun beliau telah berubah hati setelah memandang keayuan wajah SARAH. Tetapi bagaimana pula dengan nasib FANDY? Adakah FANDY berjaya menyahut cabaran ustaz tersebut? Bagaimana pula dengan FARID, adakah FARID mampu mendapatkan SARAH?
Oleh itu saya menyarankan agar semua pembaca dapat meluangkan masa untuk menonton filem dari seberang ini. Cerita ini banyak mengisarkan tentang keindahan islam dan juga menunjukkan kepada kita ciri-ciri perkenalan dan percintaan dari sudut Islam itu sendiri. Namun cerita ini tidak membosankan kerana pelbagai aksi lucu yang dilakukan oleh FANDY sewaktu beliau menyahut cabaran ustaz tersebut. Bagi mereka yang berhampiran dengan saya, anda boleh mengambil cerita tersebut secara percuma!!
Sekian saja entri saya kali ini. Insyallah kita berjumpa lagi. Wassalam. ^_^
abdullah : “on vacation” J
Thursday, June 9, 2011
JOM SERTAI SKIM CEPAT KAYA.
Assalamualaikum w.b.t
Salam bahagia buat semua pembaca sekalian. Terima kasih saya ucapkan kerana masih sudi untuk membaca entri saya pada kali ini. Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana saya dan anda masih lagi dikurniakan nikmat iman dan islam. Semoga ia terus berkekalan hingga ke akhir hayat kita aminn…
Pada entri kali ini, saya ingin mengupas satu tajuk yang berkaitan mengenai SKIM CEPAT KAYA.
Saudara pembaca sekalian,
Saya ingin menanyakan satu soalan kepada anda semua, inginkah anda melaburkan sedikit daripada wang anda untuk mendapatkan pulangan 7 kali ganda daripada setiap jumlah yang anda berikan. Tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk membuat kempen mahupun menjual sebarang produk. Nak tak? Sebelum anda memberi jawapan, saya tawarkan lagi bonus buat anda, sekiranya anda bernaasib baik, sewaktu anda melaburkan wang anda di bulan-bulan bonus maka wang anda akan digandakan lebih dari 7 kali. Berkemungkinan 10 hingga ke 100 kali ataupun barangkali lebih daripada itu. Siapa yang tidak mahu???
Jangan khawatir dengan hukum menyertai skim cepat kaya ini, ia nya halal di sisi syarak malah Rasulullah juga selalu menggalakkan umatnya untuk menyertai skim cepat kaya ini. Masih ragu-ragu? Atau tidak percaya?
Skim cepat kaya yang saya maksudkan ialah SEDEKAH JARIAH. Saudara sekalian, amalan bersedekah sangat digalakkan dalam islam dan Rasulullah sendiri menunjukkan tauladan yang sangat baik dalam amalan bersedekah beliau. Mengapa saya mengatakan skim cepat kaya?
Cuba saudara berfikir sejenak, Allah telah berjanji untuk memberi balasan kepada setiap hambanya yang bersedekah di jalan Allah. Setiap pemberian akan dibalas dengan 7 kali ganda dan jika anda bersedekah pada bulan-bulan haram seperti di bulan Ramadhan dan lain-lainya, Allah akan memberi ganjaran berlipat kali ganda sehinggakan hanya Allah saja yang tahu nilai tersebut. Tetapi harus diingatkan disini bahawa setiap pemberian mestilah ikhlas semata-mata kerana Allah.
Mungkin ada diantara kita yang masih buta pandangan mata hatinya, mereka beranggapan apabila mereka bersedekah maka harta mereka akan berkurangan dan akan menyebabkan mereka menjadi papa dan miskin. Sungguh Allah telah berjanji bahawa setiap sedekah yang ikhlas semata-mata kerana Allah , Allah akan menurunkan rahmat dan berkah bukan sahaja didunia malah diakhirat kelak. Subhanallah, malah apabila matinya anak adam maka terputusla segala amalan kecuali tiga perkara iaitu: doa anak yang soleh/solehah , sedekah jariah dan juga ilmu yang bermanafaat.
Cuba saudara pembaca renungkan sejenak. Apabila kita mengeluarkan duit dari dompet kita untuk bersedekah , kita merasakan seolah-olah kita kehilangan duit, tetapi pernahkan anda berfikir merentasi sempadan? Apabila anda bersedekah ia diibaratkan anda mengeluarkan duit untuk disimpan didalam bank. Bank tersebut pula akan menggandakan wang anda sehingga tidak ternilai banyaknya dan hanya Allah sahaja yang tahu, kemudian anda akan mengeluarkan simpanan anda pada suatu hari yang tiada tempat bergantung harap dan tiada pertolongan melainkan Allah iaitu di dalam alam barzakh dan di hari akhirat.
Oleh itu, bersetujukah anda jika saya katakan disini, sedekah jariah menurut definisi anjakan paradigma ialah suatu pengeluaran / pelaburan yang dibuat oleh hamba Allah terhadap dirinya untuk digunakan sewaktu akhirat kelak.
Sepekara lagi yang ingin saya sentuh disini ialah kebanyakan daripada manusia hari ini beranggapan sedekah jariah hanya dibuat melalui duit semata-mata. Sungguh kita begitu jahil dalam agama. Islam sama sekali tidak menzalimi penganutnya dalam melakukan amal kebaikan. Sedekah jariah bukanlah tertakluk kepada wang semata-mata, ia boleh digantikan dengan tenaga kita, masa kita , percakapan kita, dakwah kita malah jika tidak mampu cukup hanya sekadar senyuman kita sudah memadai untuk kita bersedekah setiap hari.
Apabila seseorang membuang paku di tengah jalan juga dikira sedekah, apabila seseorang membersihkan sesuatu kawasan juga dikira sedekah, apabila seseorang bercakap mengenai kebaikan juga dikira bersedekah , apabila seseorang melayani orang lain dengan baik juga dikira sedekah dan apabila seorang suami menggauli isterinya dengan baik juga dikira sedekah. Ini bertepatan dengan hadis Rasulullah yang berbunyi :
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Saudara pemabaca sekalian,
Sesungguhnya Allah menyukai sesuatu amalan yang sedikit tetapi istiqomah, jadi sekiranya anda tidak mampu bersedekah dengan harta kerana kemelesetan ekonomi, maka gantikanlah sedekah anda dengan pelbagai cara yang lain. Sekian saja entri saya pada kali ini, saya berharap agar saya dan anda semua dapat manafaat daripada entri kali ini. Semoga apa yang kita baca, dengar dan lihat dapat kita amalkan dan sampaikan pada yang lain . Insyaallah..
abdullah: cuba untuk senyum selalu. J
Subscribe to:
Posts (Atom)







