My Blog List

Pages

Wednesday, June 8, 2011

TUDUNG AWAK CANTIK , TAPI…..


Salam bahagia kepada semua pembaca sekalian..

Hari ini, tidak dapat saya nafikan ramai dalam kalangan perempuan diluar sana cukup cantik , jelita dan menawan. Subhanallah. Mereka semua pandai menjaga diri dan yang paling penting menampilkan penampilan yang sangat menarik. Sungguh! Kadang2 saya sendiri terpengun melihat gaya dan fesyen yang dikenakan. Tergugat juga iman ni kadang2.

Saya cukup hormat kepada perempuan yang sanggup memenuhi perintah Allah dengan ikhlas. Mereka sanggup mengenakan tudung hatta di atas kepalanya matahari sedang mencarak. Sungguh saya kagum dengan ketabahan wanita dalam mengenakan tudung, jika saya diberikan cabaran untuk memakai tudung dan berjalan di bawah panas terik tengah hari, sudah pasti saya tidak sanggup untuk menyahut cabaran tersebut. Tetapi tidak bagi wanita, walaupun terpaksa berjalan di panas terik, mereka sanggup mengenakan tudung. Sugguh tabah dan sabar kaum hawa ini.

Malah zaman sekarang sudah terdapat pelbagai fesyen tudung yang begitu menarik. Ditampilkan dengan pelbagai corak dan warna yang eksklusif serta mampu dimiliki oleh segenap masyarakat di Malaysia. Namun begitu, sayang seribu kali sayang, ketabahan dan kesabaran wanita dalam mengenakan tudung tidak mendatangkan manafaat dan pahala bagi mereka. Mengapa?

Hal ini kerana mereka hanya sekadar menyarung tudung dikepala tanpa melihat kembali kepada tatacara pemakaian tudung yang telah digariskan dalam Islam. Lihatlah disini begitu syumul(lengkap) dan indahnya Islam. Kesemua peraturan telah dibuat oleh Allah. Hanya perlu diamalkan dan dilaksanakan sahaja. Namun masih ada diantara kita yang jahil dan juga tidak mahu untuk mempelajari keindahan Islam.


Bagi seorang perempuan muslim, memakai tudung menjadi suatu kewajiban bagi mereka apabila sudah sampai cukup umur, mereka WAJIB untuk menutupi keseluruhan bahagian kepalanya sehingga ke bahagian bawah dada. Selain itu juga tudung tersebut MESTILAH  melepasi kawasan bahu. Cuba kita perhatikan , memakai tudung dalam islam bukan sahaja untuk menutupi rambut semata-mata, malah tudung juga mestilah menutup bahagian kemaluan di dada wanita. Apa yang pasti, menutupi bahagian dada bukanlah ditengah-tengah dada, tetapi dibawah dada tersebut. Oleh itu tudung yang sebenarnya ialah alas kepala yang mampu menutupi rambut serta mampu menutupi bahagian bawah dada. Dilihat dari aspek bahagian bahu pula, jika tudung tersebut tidak mampu melepasi bahagian dada, maka apabila seorang perempuan mengangkat tangannya, sudah pasti akan terlihat kemaluannya. Hal ini bukan sahaja mampu mengundang dosa buat kita dan orang yang melihat malah mampu menimbulkan nafsu shahwat bagi orang lelaki. Oleh yang demikian , rasional daripada melabuhkan tudung hingga melepasi paras bahu adalah memastikan keseluruhan bahagian atas wanita dapat ditutup dan dijaga dengan rapi.


Saudara dan kawan perempuan ku yang budiman sekalian,

Anda sangat cantik dan berharga, tetapi sayang jika anda mendedahkan perkara dan benda yang paling berharga buat tatapan orang awam. Lihatlah betapa kurang bijaknya anda dan betapa ruginya anda. Aurat wanita sebolehnya dikhaskan buat mahram dan suami tercinta. Jadikanlah diri anda sangat bernilai buat bakal suami / suami anda.

Namun sekiranya anda masih memakai tudung dengan cara pakaian jahiliiah dan mungkin langsung tidak memakai tudung, anda merupakan calon utama neraka dan anda tidak berhak untuk menyalahkan lelaki sepenuhnya apabila berlaku pemerkosaan terhadap anda. Anda yang menghidangkan, anda yang ingin menjadi tatapan dan anda jugalah menjadi pendorong utama kejadian tersebut. Lelaki akan terus digoda oleh syaitan laknatullah, hatta Nabi Adam sendiri pun goyah bila digoda oleh syaitan hingga dibuang dari syurga, inikan pula lelaki awam yang tidak mempunyai pengetahuan agama dan mungkin juga pengangan agama mereka rapuh.

Ada juga yang mengatakan, :

“ ini aku ikut fesyen tudung Ekin ni. Kan cantik je”

“ stylo la cara Yuna pakai tudung, nampak glamour”

Saya sangat pelik dengan perempuan yang begitu mengagungkan cara Yuna memakai tudung, berserabut saya lihat, lilit kekanan, atas bawah dan atas. Sampai nak makan pun tercekik. Pelik, tapi benda yang pelik inilah yang kita ikut. Kadang tudung sampai tiga warna, macam warna traffic light pun ada. Mungkin mereka beranggapan kereta akan lebih mudah berhenti apabila berpakaian begitu sewaktu melintas jalan.

Akhir kalam, saya mengaharapkan agar para pembaca dapat membuat perubahan pada penampilan anda, tetapi bagi yang sudah menepati, TAHNIAH DAN SYABAS saya ucapkan. Anda merupakan calon penghuni syurga. Ramai bidadara yang menanti anda disana kelak. Bagi para lelaki jika anda sudah mempunyai isteri, anak mahupun kekasih galakkan mereka agar mereka dapat menepati cara pemakaian tudung dengan betul dan sempurna. Sampai2kanlah pada wanita yang lain.

Sekian..


abdullah : “dia gadis bertudung merah ” :D 

Tuesday, June 7, 2011

PEMBEDAHAN LASIK (RAWATAN RABUN MATA)

Assalamualaikum w.b.t
Anda mengalami masalah mata? rabun jauh atau rabun dekat dan kuasa kanta cermin mata anda dah beratus-ratus. Mungkin juga anda tak suka memakai cermin mata yang kosnya akan meningkat dari setahun ke setahun.  Nak buat satu cermin mata yang berkualiti tinggi bukannya murah ada yang mencecah ribuan ringgit.
Tidak semua orang suka memakai cermin mata apa lagi kalau anda seorang yang pelupa, sering kehilangan cermin mata sebab sifat pelupa anda.
Nak mengatasi masalah kos membeli cermin mata yang sentiasa meningkat kenalah buat pembedahan mata.  Tapi tak semua pembedahan boleh menyembuhkan rabun anda kadang-kadang berlaku komplikasi yang teruk pada mata.
Namun sekarang ni dah ada teknologi canggih yang boleh membetulkan mata anda tanpa pisau dengan sangat effektif tidak kira berapa usia anda dan tak kira samada anda mengalami rabun jauh atau rabun dekat.
Mata anda akan dibetulkan mata dengan menggunakan teknologi lasser LASIK – singkatan dari “laser-assisted in situ keratomileusis”.  Selepas pembedahan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam sahaja, anda terus boleh melihat dengan jelas tanpa rasa ngilu dan kesan merah pada mata. Anda boleh lihat video promonya di laman web Prof. Dr Muhaya Mohamad.
Prof Dr  Muhaya Mohamad adalah pakar perunding dan Pengarah di PMPC Eye and Lasik Centre Prince Court Medical Centre, Professor of Ophthalmology of Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Adjunct Professor to International Islamic University of Malaysia. Sekarang ni Dr Muhaya ialah Chairperson of Malaysian Medical Association Ophthalmological Society.
Setiap jam 7 pagi sabtu Dr Muhaya akan ke udara di radio IKIM, Dr Muhaya juga sering ke udara di rancangan-rancangan TV dan slot terbaru Dr Muhaya Mohamad ialah  Mata Ke Hati di Astro Prima setiap Jumaat jam 7 malam.



SURAH AL-FATIHAH




Assalamualaikum w.b.t

            Post pada kali ini, saya ingin menyentuh mengenai surah AL-FATIHAH. Seperti mana yang kita ketahui bahawa surah Al-Fatihah merupakah ibu bagi segala surah, selain itu juga surah Al-Fatihah diberi pengagungan oleh Allah dengan diwajibkan membaca surah Al-Fatihah dalam setiap rakaat didalam solat.

            Persoalan pada post kali ini ialah, bagaimanakah cara kita membaca surah AL-FATIHAH, adakah betul hukum tajwidnya? Sebutannya? Dan juga makhraj huruf didalam surah Al-Fatihah? Ingatlah bahawa jika Al-Fatihah tidak dibaca dengan betul maka tidak sah lah solat kita dan berdosa. Nauzubillah.

Oleh itu saya merayu dan berharap kepada semua pembaca yang budiman seklian mencari guru Al-Quran dan menyemak semula bacaan surah Al-Fatihah anda agar solat kita diterima oleh-Nya. Mungkin sukar untuk mencari guru , tetapi yakinlah, setiap usaha yang murni akan diredhai Allah dan diberikan kemudahan oleh-Nya. Insyallah.

“barangsiapa yang membaca dan mempelajari al-quran dengan merangkak dan payah maka ganjarannya tiga kali ganda daripada orang yang membaca al-quran dengan laju dan bertjawid”

Sekian




abdullah: masih belajar dan boleh mengajar

PENTINGNYA AL-QURAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA…


Assalamualaikum w.b.t

            Alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi kerana kita masih dikurniakan nikmat iman dan islam dan kita diberikan petunjuk dan hidayah sehingga ke hari ini. Alhamdulillah!!

            Hari ini saya ingin membuat sedikit kupasan mengenai kepentingan membaca, memahami dan mempelajari Al-Quran. Saudara sekalian sebagai seorang muslim kita digalakkan untuk membaca al-quran kerana al-quran ini merupakan penawar segala penyakit, gedung bagi sekalian ilmu dan pembuka segala rahmat. Sedarkah kita bahawa Allah telah memberi jaminan kepada Rasulullah terhadap keaslian dan ketelusan Al-Quran sehingga ke akhir zaman. Betapa untungnya kita kerana Al-Quran pada zaman ini dan masa akan datang tetap dijaga keasliannya seperti mana yang diturunkan sewaktu rasulullah menerimanya daripada Allah.

Namun dalam sehari berapa kalikah kita membaca Al-Quran? Adakah pernah kita membaca tafsir Al-Quran? mungkin ada dalam kalangan kita pernah mengkhatam AL-Quran sekali seumur hidup dan tidak pernah mengulanginya kerana mereka menganggap bahawa Al-Quran hanya sekadar bacaan tulisan jawi dan hanya tulisan kosong yang tidak mampu memberikan apa2 manfaat kepada mereka.

Setiap hari, kita makan 3 kali sehari, ada yang makan 5 kali sehari. Mengapa kita makan? Sudah semestinya kita lapar dan kita pasti dan yakin bahawa dengan makan makanan kita akan kenyang. Itu makan jasmani, bagaimanakah pula dengan makanan rohani. Ramai yang tidak sedar yang rohani mereka sedang kelaparan, sedang terseksa dan mungkin sudah ada yang mati. Apakah buktinya?

1. hati sentiasa gelisah
2. merasa diri selalu murung
3. masalah yang remeh dianggap dan dibesar-besarkan
4. tidak boleh menerima teguran
5. tiada rasa penyesalan apabila melakukan kesalahan hatta dosa besar
6. buntu dalam mencari penyelesaian.

Sebenarnya pelbagai lagi masalah yang akan dihantui oleh manusia apabila mereka jauh dari Allah.

Saudara sekalian, ingatlah setiap musibah dan ujian yang Allah berikan adalah satu tanda kasih sayang Allah buat hambanya. Sebagai hamba kita tidak berhak untuk mempertikaikan jenis masalah yang Allah berikan kepada kita. Apabila kita diuji, berbaliklah kita kepada Allah, sentiaslah memuhasabah diri sendiri dan jangan sekali-kali kita menyalahkan orang lain. Ada juga segelintir daripada kita apabila diuji dengan masalah akan menangis tidak berhenti2, berasa diri terhina, ingin membunuh diri dan juga berasa putus asa. Lihat disini betapa lemahnya kita, baru diuji sudah rebah dan tidak mampu bangkit. Sedangkan Allah hanya ingin menguji iman dan ketabahan hambanya.

Oleh itu antara langkah untuk mencari ketenangan diri ialah dengan membaca, menghayati dan juga mengkaji Al-Quran. Hal ini kerana AL-Quran bersifat syumul (lengkap) kerana ianya 100% diturunkan oleh pencipta kita yang maha agung. Jadi marilah kita sama2 memuhasabah diri kita agar kita sentiasa dekat dengan Allah dan juga tabah dalam menghadapi segala ujian yang Allah berikan.



“Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu hambanya menanggung”

Sekian .

abdullah : "perlunya muhasabah diri untuk membuang sifat ego"

Sunday, June 5, 2011

salam perkenalan, salam ukhuwah. ^_^

assalamualaikum w.b.t.

alhamdulillah, saya berjaya membina laman blog sendiri. terima kasih kepada rakan2 yang telah memberikan dorongan dan juga nasihat kepada saya. kepada semua rakan2 yang singgah ke blog saya ini dan berminat terhadap penulisan saya, anda boleh menjadi followers saya. ^^ syukran jazilan saya ucapkan..

blog pada masa menjadi popular dan menjadi tempat bagi menceritakan warna warni kehidupan mereka, malah ada juga yang berkongsi ilmu serta pengalaman melalui blog mereka. di dalam laman blog saya ini, sy lebih berminat untuk berkongsi mengenai fikrah (pemikiran) saya tentang pelbagai aspek dan isu yang mungkin melibatkan diri saya, masyarakat dan juga agama islam. saya mengharapkan agar pembaca dapat memberikan komen yang membina serta membantu saya dalam mematangkan fikiran ini.

sekian saja post saya pada kali ini. insyaallah saya akan menerbitkan post yang terbaru dalam masa yang singkat. aminn wassalam..